Eriksen, Inter berpisah secara persetujuan bersama

Iklan
Christian Eriksen

SELEPAS enam bulan mengalami insiden serangan jantung, pemain tengah Denmark, Christian Eriksen menamatkan kontraknya dengan Inter Milan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak.

Pemain berusia 29 tahun itu tidak boleh beraksi dalam saingan Serie A disebabkan dia memakai alat pendetak jantung yang dipasang dalam tubuhnya.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, bekas pemain Tottenham Hotsur itu masih berpeluang mewakili pasukan lain di luar liga Itali yang tidak menetapkan peraturan sama.

"Internazionale Milano boleh mengesahkan bahawa keputusan sudah dicapai untuk menamatkan kontrak Christian Eriksen hasil persetujuan bersama.

Iklan

"Walaupun Inter dan Christian kini berpisah, ikatan itu tidak akan pernah putus. Saat manis bersama, jaringan, kemenangan, sambutan Scudetto dengan peminat di luar San Siro.

"Semua itu akan kekal selama-lamanya dalam sejarah Nerazzurri. Christian akan tetap menjadi salah seorang legenda kelab ini,” menurut kenyataan yang dikeluarkan kelab berkenaan.

Iklan

Eriksen kini bebas untuk mempertimbangkan pilihannya dengan kelab lain dan baru-baru ini, dia menjalani latihan dengan pasukan zaman remajanya, Odense.

Menurut Danish Daily BT, Eriksen memberi tumpuan terutamanya kepada latihan fizikal, tetapi tetap berlatih di padang walaupun pada masa ini dia belum berhasrat mewakili mana-mana kelab.

"Christian Eriksen menggunakan padang untuk pemulihannya tetapi dia tidak berlatih dengan pasukan kami,” kata pegawai komunikasi Odense, Rasmus Nejstgaardhad.

Eriksen mengalami serangan jantung dalam aksi pembukaan Euro 2020 ketika Denmark menentang Finland di Copenhagen pada 12 Jun lalu sehingga terpaksa diberikan rawatan segera di tepi padang.