Helikopter bawa Abang Jo mendarat cemas kerana cuaca buruk

Iklan
Rakaman sebuah helikopter mendarat cemas di Kota Samarahan yang dikongsikan oleh orang awam.

KUCHING - [DIKEMAS KINI] Ketua Menteri yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berdepan detik cemas apabila helikopter dinaikinya melakukan pendaratan cemas di Padang Kawad Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di sini petang Sabtu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail ketika dihubungi mengesahkan kejadian berlaku susulan cuaca buruk.

Iklan
Iklan

"Memang betul, helikopter yang membawa beliau (Abang Johari) mendarat cemas di Padang Kawad Unimas kerana cuaca tidak mengizinkan," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Menurutnya, helikopter tersebut dalam perjalanan dari Gedong ke Kuching selepas membawa Abang Johari melawat pengundi di Gedong sebentar tadi.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun katanya, Abang Johari yang juga calon GPS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong bersama rombongan selepas itu meneruskan perjalanan menggunakan jalan darat.