Manusia tertua di China meninggal dunia usia 135 tahun

Iklan

URUMQI - Manusia tertua di China, Alimihan Seyiti, meninggal dunia di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang pada Khamis pada usia 135 tahun, lapor Agensi Berita Xinhua.

Menurut pihak berkuasa tempatan pada Sabtu, beliau berasal dari Perbandaran Komuxerik di Daerah Shule di Wilayah Kashgar, Alimihan Seyiti dilahirkan pada 25 Jun 1886.

Iklan
Iklan

Pada 2013, beliau mendahului senarai orang tertua yang masih hidup di China yang dikeluarkan Persatuan Gerontologi dan Geriatrik China, yang sebelum ini dikenali Persatuan Gerontologi China.

Beliau menjalani rutin kehidupan harian yang sangat sederhana dan teratur sehinggalah menghembuskan nafas terakhirnya.

Iklan

Wanita itu sentiasa makan mengikut masa dan gemar berjemur di halaman rumahnya dan kadangkala membantu menjaga cicit-cicitnya.

Komuxerik dikenali sebagai 'bandar panjang umur', didiami ramai warga emas berumur 90 tahun ke atas.

Iklan

Peningkatan perkhidmatan kesihatan turut menyumbang kepada jangka hayat yang panjang. Kerajaan tempatan telah menyediakan perkhidmatan doktor secara kontrak, pemeriksaan fizikal tahunan percuma dan subsidi bulanan untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas. - Bernama