Ikan segar sejuk beku pilihan musim tengkujuh

Iklan
Adnan (kiri) mengiringi Mustapa membuat tinjauan program berkenaan pada Sabtu.

JELI - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan berharap bekalan ikan segar sejuk beku dapat membantu pengguna pada musim tengkujuh ketika ini.

Pengarahnya, Adnan Abd Rahman berkata, ikan segar diakui agak sukar untuk diperoleh pada musim tengkujuh sehingga ia memberi kesan kepada kenaikan harga ikan.

Iklan
Iklan

"Dengan adanya kolaboratif dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), diyakini harga ikan masih dalam keadaan stabil walaupun nelayan tidak dapat turun ke laut.

"Memang susah nak dapatkan ikan segar pada musim tengkujuh. Oleh sebab itu, pihak LKIM memperkenalkan ikan segar sejuk beku bagi memastikan bekalan tidak putus dan dijual dengan harga berpatutan," katanya kepada pemberita, pada Sabtu.

Iklan

Beliau sebelum itu mengiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed di program Jualan Keluarga Malaysia bagi parlimen Jeli, di sini.

Adnan berkata, selain itu, pihaknya sentiasa memastikan bekalan makanan sentiasa mencukupi terutama melibatkan pemborong dan peruncit yang telah dilantik sepanjang musim tengkujuh.

Iklan

Adnan turut menasihati orang ramai supaya menggunakan aplikasi 'price catcher' yang disediakan pihaknya untuk melihat perbezaan harga bagi memastikan pengguna menjadi pembeli bijak.

Katanya, pada masa sama penting bagi memastikan keperluan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dapat dilaksanakan sebaik mungkin untuk keperluan mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).