UMNO Bagan Datuk lulus usul segerakan PRU15

Iklan
Perwakilan yang hadir ke Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk di Bagan Datuk pada Sabtu.

BAGAN DATUK - Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk meluluskan usul agar Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) segera diadakan pada tahun depan.

Usul yang dibawakan Faisalludin Mohamad Yusuf itu diluluskan sebulat suara oleh perwakilan yang hadir.

Iklan
Iklan

Dalam usul dikemukakan itu, Faisalludin berpendapat, PRU15 mesti disegerakan berdasarkan perkembangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan PRN Sarawak yang boleh diadakan ketika ini.

"Ini bukan menunjukkan bahawa parti kita terlalu mahukan kuasa tetapi kita amat risau tentang kestabilan politik dalam pemerintahan negara.

Iklan

"Pucuk pimpinan parti haruslah membuat keputusan wajar supaya PRU15 diawalkan dengan cepat iaitu dalam tahun 2022 agar menjadikan kembali wadah perjuangan parti kita," katanya ketika mengemukakan usul tersebut dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk di Dewan Perdana Kompleks UMNO Bagan Datuk di sini pada Sabtu.

Mesyuarat dirasmikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Ketua UMNO Bahagian Bagan Datuk.

Iklan

Turut diluluskan dalam mesyuarat tersebut ialah usul 'Memperkukuh Institusi Presiden' yang menegaskan bahawa ahli-ahli UMNO hendaklah terus menyokong dan wala' kepada kepimpinan Presiden UMNO.

Faisalludin selain itu berkata, desakan terbuka pihak tertentu agar Presiden UMNO meletakkan jawatan disifatkan sebagai melanggar adab, tidak beretika dan tidak bermaruah.

Jelas beliau, tindakan terdesak yang didorong kepentingan diri, dendam dan tidak bertanggungjawab itu menyebabkan pihak lawan mengambil kesempatan untuk memecahbelahkan dan membangkitkan kegelisahan dalam kalangan ahli akar umbi.

Selain itu, usul mendesak pemilihan parti dibuat selepas PRU15 turut diluluskan dalam mesyuarat berkenaan.