Dua warga Myanmar dikhuatiri lemas ketika mandi di pantai PD

Iklan
Pasukan bomba dan penyelamat sedang bersiap sedia untuk melakukan operasi mencari dan menyelamat. - Foto ihsan Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang

PORT DICKSON - Dua lelaki dipercayai warga Myanmar dikhuatiri lemas ketika mandi di pantai Telok Kemang berhadapan sebuah hotel di sini dalam kejadian, pada tengah hari Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Telok Kemang, Mohd Kamal Mohd Timar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 1.06 petang dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian.

Iklan
Iklan

"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang diarahkan ke lokasi dengan dibantu oleh sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson.

"Berdasarkan maklumat awal, sekumpulan lelaki warganegara Myanmar mandi-manda di lokasi tersebut dan ketika itu keadaan cuaca mendung," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Sabtu.

Iklan

Menurut Mohd Kamal, dua daripadanya dipercayai tiba-tiba ditarik ombak besar berikutan keadaan laut semasa kejadian bergelora.

"Justeru, kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) giat dijalankan ketika ini oleh pasukan khas, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang dengan kerjasama daripada Angkatan Pertahanan Awam (APM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya.

Iklan