Pertembungan dua sungai punca banjir teruk di Batu Tiga

Iklan
Rumah penduduk ditenggelami air paras bumbung di DUN Batu Tiga pada Sabtu.

SHAH ALAM - Pertembungan Sungai Damansara dan Sungai Klang dikenal pasti menjadi punca banjir di beberapa kawasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga.

Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail berkata, keadaan berlaku susulan kedua-dua ban pecah yang menyebabkan limpahan di kawasan perumahan penduduk dan tempat awam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, keadaan bertambah buruk apabila hujan tanpa henti di kawasan terbabit dalam tempoh lebih 24 jam.

"Saya agak terkejut melihat keadaan ini yang dianggap luar biasa berikutan hujan tanpa henti sejak semalam (Jumaat).

Iklan

"Keadaan bertambah teruk apabila air mula melimpah ke kawasan kediaman sejak tengah malam dan sehingga ke hari ini (Sabtu)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, pada Sabtu.

Rodziah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga berkata, sebanyak tujuh kawasan di DUN tersebut menghadapi bencana itu hingga ada bangunan ditenggelami sehingga paras bumbung.

Iklan

"Ada sebahagian kawasan terputus hubungan dan usaha membantu mangsa banjir yang terjejas telah digerakkan," katanya.

Menurut beliau, sebanyak lima pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di DUN itu setakat jam 6 petang Sabtu.

"Kejadian banjir tidak dapat dielakkan, bagaimanapun nyawa penduduk diselamatkan terlebih dahulu dengan memindahkan mereka ke PPS ditetapkan. Banjir di kawasan ini disifatkan paling buruk berlaku sepanjang saya menjadi ADUN.

"Jika dahulu faktor longkang tersumbat, tetapi masalah kali ini melibatkan ban pecah dan ini menyebabkan air melimpah lebih tinggi," katanya.