Mangsa banjir di Kelantan cecah 2,420 individu

Iklan
Keadaan rumah penduduk yang ditenggelami banjir di Kampung Limau Kasturi, Gua Musang. -Foto Ihsan pembaca (Facebook)

KOTA BHARU - Mangsa banjir di Kelantan semakin meningkat apabila seramai 2,420 individu dari lima jajahan telah dipindahkan ke 29 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 6.30 petang pada Sabtu.

Ia melibatkan jajahan Gua Musang, Kuala Krai, Jeli, Pasir Mas dan Tanah Merah.

Iklan
Iklan

Menurut aplikasi InfoBanjirJKM, jajahan Gua Musang menempatkan mangsa banjir tertinggi di negeri ini melibatkan 1,782 orang.

Kuala Krai menempatkan mangsa banjir kedua tertinggi seramai 444 orang, diikuti Jeli (90) dan Tanah Merah (68) dan Pasir Mas (33) iaitu di Rantau Panjang.

Iklan

Sehingga kini, hujan lebat masih melanda seluruh Kelantan dan penduduk di kawasan rendah diingatkan sentiasa berwaspada dan peka.

ARTIKEL BERKAITAN: Cuaca buruk dijangka berterusan di Kelantan dan Pahang

Iklan

Hujan lebat berterusan di Kelantan, Pahang sehingga Ahad