Balkis redah banjir sejauh 800 meter selamatkan Abu

Iklan
Balkis mendukung Abu yang dibawa bersama ke PPS Sekolah Kebangsaan Gual To' De.

RANTAU PANJANG - Seorang kanak-kanak sanggup meredah banjir sejauh 800 meter demi menyelamatkan kucingnya untuk dibawa ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Gual To' Deh di sini pada Sabtu.

Nor Ayuni Balkis Zakaria, 12, memberitahu, dia terpaksa mengharungi bah selepas kediamannya di Bendang Perol, Gual To'Deh di sini mula dinaiki air sejak tengah malam Jumaat.

Iklan
Iklan

Katanya, walaupun perpindahan merupakan 'rutin' tahunan keluarganya apabila musim tengkujuh, namun dia tetap risaukan keselamatan dua ekor kucingnya.

"Saya ada dua ekor kucing tapi seekor saja saya bawa ke PPS yang bernama Abu untuk memastikan keselesaan orang lain. Seekor lagi saya tinggal berhampiran rumah saya, kebetulan ada kawasan tinggi," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Sabtu.

Iklan

Menceritakan pengalamannya, Balkis memberitahu, dia terpaksa mendukung kucing berkenaan dalam keadaan basah kuyup kerana ketika itu air sudah mencapai paras dadanya iaitu lebih kurang 0.4 meter.

Walaupun dalam keadaan gelap, namun dia bersama keluarga dan sepupunya berusaha memastikan mereka sempat keluar dari kawasan berkenaan.

Iklan

"Mujur Abu jenis yang mudah dijinakkan, dia diam saja sepanjang saya dukung menyeberangi air. Saya dan keluarga keluar beramai-ramai sebab rumah kami sudah masuk air," katanya.

Balkis antara 33 mangsa banjir yang berpindah ke PPS berkenaan sejak tengah malam Jumaat.