Semua pasar raya Giant di Lembah Klang ditutup sementara

Iklan
Tangkap layar video berdurasi 19 saat yang menunjukkan situasi di Giant Shah Alam dinaiki air akibat banjir kilat pada Sabtu.

SHAH ALAM - Semua pasar raya Giant di sekitar Lembah Klang, Selangor akan ditutup buat sementara waktu bermula jam 7 malam pada Sabtu akibat banjir kilat dan hujan yang berterusan.

Pihak Pengurusan Giant dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan tarikh pembukaan semula pasar raya tersebut akan diumumkan kelak.

Iklan
Iklan

"Penutupan akan bermula jam 7 malam ini hingga diberitahu kelak. Tarikh pembukaan semula dan kemas kini akan dikongsi di halaman Facebook rasmi Giant.

"Kesejahteraan semua ahli pasukan dan pelanggan tetap menjadi keutamaan dan kami berharap semua kekal selamat serta berwaspada dengan keadaan semasa.

Iklan

"Kami mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan sebarang kesulitan amatlah dikesali,” katanya.

Pada Sabtu, tular satu video menunjukkan situasi di dalam pasar raya Giant di Shah Alam dinaiki air selepas banjir kilat susulan hujan yang berterusan selama hampir dua hari.

Iklan

Video berdurasi 19 saat itu dikongsikan di media sosial seperti di Twitter dan Facebook serta mendapat reaksi orang ramai.