Saifuddin, Qureshi adakan pertemuan dua hala

Iklan
Saifuddin Abdullah - Foto Bernama

ISLAMABAD - Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah pada Sabtu mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya dari Pakistan, Shah Mahmood Qureshi di luar Sesi Luar Biasa ke-17 Majlis Menteri-Menteri Luar (CFM) Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Dalam pertemuan selama 30 minit di Kementerian Luar Pakistan di sini, kedua-dua menteri berkongsi pandangan mengenai beberapa isu termasuk berhubung kerjasama kemanusiaan di Afghanistan.

Iklan
Iklan

Saifuddin turut mengucapkan tahniah kepada Pakistan kerana menjadi tuah rumah untuk CFM ke-17 yang akan menumpukan kepada isu Afghanistan.

Sementara itu, kedua-dua pemimpin turut berbincang mengenai meningkatkan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Pakistan termasuk perdagangan serta pelaburan.

Iklan

Saifuddin berada di Islamabad untuk menghadiri mesyuarat khas itu yang akan diadakan pada Ahad untuk membincangkan situasi kemanusiaan di Afghanistan.

Beliau dijangka menyampaikan ucapan yang antara lain mengetengahkan mengenai iltizam Malaysia untuk membantu situasi kemanusiaan di Afghanistan. - Bernama

Iklan