Muhyiddin doakan Tun M segera sembuh

Iklan
Muhyiddin (tengah) ketika menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan Srikandi Bersatu sempena Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec) hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendoakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada Khamis lepas, agar segera sembuh dan kembali ke pangkuan keluarga.

"Saya ingin menyatakan di sini rasa dukacita kerana kita mendapat berita Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), berada di Institut Jantung Negara.

Iklan
Iklan

"Kita ingin mendoakan, mudah-mudahan Yang Amat Berbahagia Tun (Dr Mahathir) akan dapat pulih dengan secepat mungkin dan kembali bersama-sama dalam sisi masyarakat kita pada hari ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Presiden sempena Perhimpunan Agung Tahunan Kali Keempat Bersatu di sini, malam ini.

Menurut kenyataan IJN semalam, pemeriksaan kesihatan yang dijalankan ke atas Dr Mahathir dijangka selesai dalam masa beberapa hari lagi.

Iklan
Iklan

Terdahulu, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu juga mendoakan agar Dr Mahathir akan segera sembuh. - Bernama