Netizen lapor tanah runtuh di Lebuhraya Karak

Iklan
Beberapa netizen melaporkan berlaku tanah runtuh di Kilometer 62.9 Lebuhraya Karak menghala ke Bentong.

BENTONG - Beberapa netizen melaporkan berlaku tanah runtuh di Kilometer 62.9 Lebuhraya Karak menghala ke Bentong.

Antara yang turut terlibat ialah pelakon, Fizo Omar yang memuat naik satu video yang mengatakan beliau terkandas bersama pengguna jalan raya yang lain.

Iklan
Iklan

"Tanah runtuh di highway karak menghala ke KL.

"Semua kereta stuck kat sini, nak patah balik ke Karak pun tak boleh sebab banjir air dah mula cross jalan dan tidak lepas untuk kenderaan.

Iklan

"Sesiapa yang plan untuk ke KL melalui karak highway ni sila KIV dulu memang tidak lepas," katanya dalam satu hantaran di Facebook miliknya.

Bagaimana, Sinar Harian sedang mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa.

Iklan