Jualan Keluarga Malaysia di Jeli diserbu 1,000 pengunjung

Iklan
Pengunjung membeli dengan berhemah sepanjang berada di program tersebut.

JELI - Jualan Keluarga Malaysia di Jeli pada Sabtu membantu orang ramai di daerah itu mendapatkan barangan asas dengan harga murah dan program bermula awal pagi itu menarik hampir 1,000 pengunjung.

Seorang pengunjung, Yaakob Deraman, 71, dari Kampung Legeh sangat teruja untuk datang ke program berkenaan selepas mengetahuinya daripada anak-anak.

Iklan
Iklan

"Saya datang dengan anak untuk membeli beberapa barangan asas untuk memasak. Saya seorang penoreh getah. Sebelum ini hasil jualan bagi sekilogram getah dapat digunakan untuk membeli gula, ayam atau ikan, namun dengan kenaikan harga barang yang berlaku, dua kilogram jualan getah belum tentu boleh membeli sekilogram ikan.

"Dengan adanya program ini dapat membantu kumpulan rakyat seperti saya untuk mendapatkan barangan dengan harga murah dari pasaran biasa," katanya kepada Sinar Harian, di sini pada Sabtu.

Iklan

Program Jualan Keluarga Malaysia Parlimen Jeli itu diadakan di Tapak Pasar Tani Ayer Lanas, pada Sabtu dan Ahad.

Selain itu, pengunjung berkongsi pengalaman mengenai pengurusan pembelian yang dilihat lebih mudah dan cepat berbanding membeli di pasar biasa.

Iklan
Mohd Hassan (kanan) membeli kurma di program berkenaan.

Normazila Che Abdullah, 31 berkata, dengan pengurusan jualan yang sistematik dan teratur, semua pengunjung dapat membeli barang dengan mudah dan membantu menjimatkan masa.

"Saya datang sekejap saja. Saya lihat susun atur barangan kemas dan memudahkan pembe;li. Harga barang yang ditawarkan begitu murah," katanya.

Perkara sama juga diakui Norazliniey Harun, 15, kerana berpeluang membeli barangan di program tersebut.

Sementara itu, Mohd Hassan Abdullah, 72, begitu teruja untuk datang ke program berkenaan kerana ingin membeli buah kurma.

"Saya boleh beli buah kurma lebih sedikit kerana dalam program ini saya dapat membelinya dengan harga murah," katanya.