Muslihat Indonesia perangkap Harimau Malaya

Iklan
Indonesia kini mengungguli saingan Kumpulan B apabila merekodkan tujuh mata.

INDONESIA dijangka menampilkan rentak permainan berbeza apabila berdepan Malaysia dalam aksi terakhir Kumpulan B Piala Suzuki AFF 2020 pada Ahad, tidak seperti ketika aksi menentang Vietnam.

Pengendali Indonesia, Shin Tae-Yong berkata, beliau sudah menganalisis dan mengkaji kekuatan dan kelemahan skuad Harimau Malaya seperti mana yang dilakukannya sebelum berdepan Vietnam pada Khamis lalu.

Iklan
Iklan

Biarpun mengakui strategi bertahan ketika menentang Vietnam itu adalah cara terbaik untuk memungut mata, Tae-Yong memberikan gambaran awal corak berbeza bakal ditampilkan anak-anak buahnya apabila berdepan Harimau Malaya.

”Sebagai jurulatih memang saya bertanggungjawab untuk memimpin pasukan dan menyiapkan pasukan sebelum menghadapi lawan, dengan menganalisa kelemahan dan kelebihan pasukan lawan.

Iklan

"Jadi saya telah meminta kepada setiap pemain supaya bersiap sedia untuk berdepan Malaysia dalam usaha kami mendapatkan keputusan yang terbaik.

"Atas kertas, memang kami dilihat sebagai pasukan yang unggul, tetapi semua itu boleh berubah pada bila-bila masa sahaja,” katanya dalam sidang media secara maya pada Sabtu.

Iklan

Ketika ini, Indonesia muncul pendahulu Kumpulan B apabila berkongsi tujuh mata dengan Vietnam manakala Malaysia di tangga ketiga selepas mengumpul enam mata.

Indonesia yang berjaya mengikat Vietnam dengan keputusan seri tanpa jaringan hanya memerlukan satu mata untuk mengesahkan slot ke separuh akhir.

"Vietnam sebuah pasukan terbaik dan terkuat dalam saingan Piala AFF ini, disebabkan itu memang kami tidak memberi fokus kepada penguasaan bola.

"Sebaliknya, kami memang mengharapkan seri sahaja untuk layak ke separuh akhir tetapi bertemu Malaysia kami akan menilai setiap kelebihan dan kelemahan mereka.

"Jadi kami akan menyediakan strategi dan taktik mengikut kemampuan lawan kami nanti. Saya akan menyediakan pasukan dengan sistem yang sesuai berdepan Malaysia,” jelas bekas jurulatih skuad kebangsaan Korea Selatan itu.