Terkandas banjir

Iklan
Beberapa pengguna jalan raya tidak dapat meneruskan perjalanan ekoran hujan lebat sepanjang hari dan banjir yang melanda di beberapa tempat sekitar Lembah Klang ketika tinjauan di sekitar Seksyen 21 awal pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan amaran cuaca yang dikeluarkan pada 1.40 pagi tadi memaklumkan bahawa hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya diramal berlaku hari ini di beberapa kawasan di ibu negara, Perak, Pahang dan Selangor.