26 mangsa banjir di Teluk Intan dipindahkan

Iklan
APM membantu memindahkan mangsa banjir di Changkat Jong. - Foto hsan APM

TELUK INTAN - Hujan berterusan melebihi 24 jam menyebabkan lapan keluarga dari Kampung Batu 8 dan 9, Changkat Jong di sini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS), pada Ahad.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Hilir Perak memaklumkan kesemua 26 mangsa kini ditempatkan di PPS Sekolah Menangah Abdul Rahman Talib di sini sejak jam 8 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, banjir yang disebabkan limpahan air Sungai Bidor menyebabkan kawasan penempatan penduduk di kampung berkenaan dinaiki air setinggi 0.6 meter.

"Mangsa yang dipindahkan ke PPS berkenaan terdiri daripada lima lelaki, lapan wanita dan tujuh kanak-kanak lelaki serta enam kanak-kanak perempuan.

Banjir disebabkan limpahan air Sungai Bidor menyebabkan kawasan penempatan penduduk di Changkat Jong dinaiki air. - Foto ihsan APM

Iklan

"Hujan melebihi 24 jam mengakibatkan limpahan Sungai Bidor ke kawasan rendah dan setakat jam 10.30 pagi paras air di sungai berkenaan setinggi 3.80 meter,” katanya.

Menurutnya, seramai 32 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi ditempatkan di PPS berkenaan.

Iklan

"Agensi terlibat Angkatan Pertahanan Awam (APM) Hilir Perak, Bomba, Jabatan Kebajikan Mayarakat (JKM) dan Jabatan Sukarelawan (Rela).

"Lokasi kejadian masih hujan dan APM melakukan pemantauan kawasan terjejas dari semasa ke semasa," katanya.