KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta Jabatan Kebajikan Masyarakat supaya memastikan setiap mangsa banjir menerima kemudahan dan bantuan yang disalurkan.
Beliau dalam catatan di akaun Facebook berkongsi video lawatan beliau ke Sekolah Kebangsaan Johan Setia di Klang pada Ahad, untuk meninjau keadaan mangsa-mangsa banjir.
"Saya terkesan melihat keadaan yang menimpa mangsa-mangsa banjir di SK Johan Setia di Klang. Hari ini sahaja kira-kira 690 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan banjir berkenaan, dan saya sempat menyantuni mangsa-mangsa yang terdiri daripada warga emas, orang kurang upaya dan anak-anak kecil,” katanya.