Bomba Jeli bantu 4 pesakit terkandas banjir jalani dialisis

Iklan
Pesakit dibawa menggunakan trak melalui laluan yang dinaiki air.

JELI - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Jeli membantu empat pesakit buah pinggang dari Kuala Balah yang perlu menjalani rawatan dialisis selepas kawasan kediaman mereka dinaiki air di sini awal pagi Sabtu.

Ketua Balai Bomba Jeli, Adni Ibrahim berkata, mangsa banjir berkenaan dibawa menggunakan trak sejauh 300 meter untuk mendapatkan rawatan di Hospital Jeli.

Iklan
Iklan

"Kesemua pesakit berkenaan berusia antara 30-an hingga 40-an dan kami terpaksa bantu mereka sebab laluan utama Jeli-Dabong, Kuala Krai dinaiki air sehingga 0.8 meter," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut beliau, selain itu, pihaknya juga menyelamat seorang wanita awal 30-an yang menghidap penyakit darah tinggi serta batuk berdarah.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, wanita berkenaan juga terlantar dan terpaksa dibawa menggunakan pengusung dan semuanya dibawa ke Hospital Jeli untuk rawatan selanjutnya.