Mangsa banjir di Kelantan meningkat

Iklan
Kanak-kanak dan remaja menggunakan perahu kayu untuk bermain air akibat banjir yang melanda di halaman rumah mereka ketika tinjauan di Kampung Manek Urai Lama pada Sabtu. - Foto Bernama

KOTA BHARU - Hujan berterusan sejak beberapa hari lalu di beberapa daerah di negeri ini memberi kesan kepada penduduk di kawasan rendah dan berhampiran sungai utama.

Laman infobencana.jkm, memaklumkan sehingga jam 1 tengah hari Ahad, seramai 4,160 mangsa daripada 993 keluarga dipindahkan ke 48 pusat pemindahan sementara (PPS) di beberapa daerah di sini.

Iklan
Iklan

Antara PPS yang dibuka ialah 16 buah di Gua Musang, 24 di Kuala Krai dan selebihnya di Jeli, Tanah Merah dan Pasir Mas.

Sementara itu, paras air di tiga sungai utama masih melepasi paras bahaya iaitu Kampung Jenob di Tanah Merah mencatatkan bacaan 23.56 melebihi paras bahaya 0.14 meter.

Iklan

Kampung Karangan di Kuala Krai juga mencatatkan bacaan tinggi iaitu 34.63 melepasi paras bahaya 0.63 meter dan Sungai Kelantan di Kusial pula mencatatkan bacaan 17.14 melepasi paras bahaya 1.14 meter.

Selain itu, Sungai Golok di Jenob mencatatkan bacaan 23.28 meter melepasi paras amaran 0.78 manakala Sungai Kelantan di Jeti Kastam pula 3.11 melepasi paras waspada 0.11 meter.

Iklan