60.67 peratus keluar mengundi PRN Sarawak: SPR

Iklan
Warga emas antara yang terawal menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi bagi Pilihan Raya Negeri Ke- 12 Sarawak ketika tinjauan di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) (C) Kai Nang pada Sabtu

KUCHING - Seramai 759,627 orang atau 60.67 peratus daripada pemilih berdaftar telah keluar mengundi dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12) pada Sabtu.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh dalam kenyataan pada Ahad berkata, ia meliputi jumlah pengundi biasa, pengundi awal dan pengundi pos.

Iklan
Iklan

SPR pada awalnya menjangka 70 peratus orang keluar mengundi, namun dalam sidang media pada Sabtu, Abdul Ghani berkata, faktor cuaca yang tidak menentu berikutan hujan lebat adalah antara sebab utama peratusan itu berkurangan daripada jangkaan awal.

Pada Sabtu, 1,866 pusat mengundi melibatkan 3,555 saluran dibuka untuk pengundian pada PRN12 yang bermula dari jam 7.30 pagi hingga 5 petang.

Iklan

Pada pilihan raya negeri yang menyaksikan 82 kerusi dipertandingkan, Gabungan Parti Sarawak (GPS) memenangi 76 kerusi manakala Parti Sarawak Bersatu (PSB) memperoleh empat kerusi dan DAP dua kerusi. - Bernama

Iklan