Neelofa hulur bantuan kepada mangsa banjir

Iklan
Neelofa

KUALA LUMPUR - Memahami kesulitan mangsa banjir di beberapa buah negeri terjejas dengan bencana itu, artis tersohor negara, Neelofa mengambil inisiatif mengajak orang ramai untuk sama-sama membantu meringankan golongan yang terkesan.

Dalam hantaran di akaun media sosialnya, usahawan itu memberitahu, menerusi Pertubuhan Kasih Neelofa (PKN), pihaknya akan cuba menyalurkan bantuan kepada golongan yang terjejas.

Iklan
Iklan

Bahkan, artis kesayangan ramai itu juga berkongsi talian hotline Pertubuhan Kasih Neelofa 012-2002102 bagi memudahkan mangsa yang terkesan dengan banjir untuk memaklumkan keperluan mereka.

"Bagi yang terjejas dan memerlukan sebarang bantuan, boleh DM (pesanan terus) Instagram Pertubuhan Kasih Neelofa atau layari kasihneelofa.org. Pihak PKN juga sedang berusaha mewujudkan satu link khas untuk memudahkan lagi urusan bantuan.

Iklan

"Bagi yang sedang mengalami sebarang masalah, atau mengenali sesiapa yang sedang terkesan dengan banjir, boleh hubungi hotline Pertubuhan Kasih Neelofa di talian 012-200 2102... insya-Allah kami akan cuba bantu,” kata kenyataan yang dikongsi di akaun media sosial Neelofa pada Ahad.

Awani

Iklan