Lelaki maut terkena renjatan elektrik

Iklan
Gambar hiasan

SEPANG - Seorang lelaki maut selepas terkena renjatan elektrik dalam kejadian berhampiran sebuah premis perniagaan di Taman Deluxe pada Ahad.

Difahamkan, mangsa berumur 30-an itu ditemui dalam keadaan terbaring di lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Menurut sumber, mangsa ditemukan kira-kira jam 10.30 pagi ketika bomba sedang melakukan kerja menyelamat penduduk di Taman Mas dan Taman Aman untuk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Ketua Polis Daerah (IPD) Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, keluarga mangsa difahamkan baru membuat laporan polis berkaitan kejadian.

Iklan

"Mangsa difahamkan meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Putrajaya.

"Siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.

Iklan