Mayat Kanak-kanak lemas ditemui

Iklan

KOTA KINABALU - Mayat seorang kanak-kanak lelaki yang lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang besar di Kampung Peringatan, Petagas, tengah hari semalam, ditemui petang tadi.

Mayat Muhammad Alwadi Abdullah, 3, ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah pada 4.28 petang ini.

Iklan
Iklan

Menurut Pusat Gerakan Operasi JBPM Sabah dalam satu kenyataan hari ini, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam yang terlihat susuk tubuh mangsa di sungai di sebuah kampung berhampiran pada 4.13 petang.

Mayat tersebut ditemui dua kilometer daripada mangsa dilaporkan terjatuh, menurut JBPM Sabah.

Iklan

"Pasukan SAR yang dimaklumkan mengenai perkara itu terus bergegas ke lokasi bersama bapa mangsa untuk memastikan mayat dilaporkan adalah individu sama. Setiba di lokasi kejadian, pasukan SAR membawa naik mayat untuk proses pengecaman.

"Setelah dipastikan, mayat tersebut adalah mangsa dilaporkan lemas di Kampung Peringatan. JBPM Sabah menyerahkan mayat itu kepada polis untuk siasatan lanjut," menurut jabatan itu, sambil menyatakan operasi tamat pada 5.10 petang tadi.

Iklan