KUALA LUMPUR - Plaza tol dan persimpangan Shah Alam masih ditutup berikutan banjir kilat yang berlaku pada Sabtu.
Menurut PLUS Malaysia Bhd dalam satu kenyataan, setakat 7 pagi tadi, PLUS Malaysia Bhd telah menyelaraskan usaha untuk menyelamat dan memberi bantuan bersama-sama PDRM serta Jabatan Bomba dan Penyelamat yang berjaya mencapai lebih 226 mangsa sebelum menempatkan mereka di lokasi selamat di sepanjang lebuh raya termasuk di ibu pejabatnya dan di Persada PLUS.