Kenderaan ditenggelami air, pemandu lori maut akibat lemas

Iklan
Pemandu maut apabila kenderaan ditenggelami banjir dalam kejadian di laluan berhampiran Simpang Desa Coalfield di sini pada Ahad.

KUALA SELANGOR - Seorang pemandu lori lemas apabila kenderaan ditenggelami banjir dalam kejadian di laluan berhampiran Simpang Desa Coalfield di sini pada Ahad.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.50 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Arang dan bantuan dari BBP Bestari Jaya dikejarkan ke tempat kejadian.

"Mangsa berusia 45 tahun dipercayai lemas dalam usaha menyelamatkan diri dalam lori yang dinaiki air secara tiba-tiba," katanya dalam satu kenyataan media pada Ahad.

Iklan

Norazam berkata, mayat mangsa ditemui jam 5.30 petang Ahad pada jarak lima meter dari lokasi dilaporkan tenggelam.

"Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Iklan