Mangsa kebakaran Flat Sri Johor terima bantuan RM1,000, rumah baharu

Iklan
Ismail Sabri dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim melawat mangsa kebakaran Perumahan Awam Sri Johor, Cheras. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Mangsa yang terbabit dalam kebakaran di Flat Sri Johor, Cheras di sini akan menerima bantuan kewangan berjumlah RM1,000.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak lapan keluarga yang terjejas akan turut menerima sebuah rumah baharu yang akan disediakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Iklan
Iklan

"Seperti yang saya umumkan di Selangor pada pagi tadi mengenai bantuan kepada mangsa bencana, kebakaran juga adalah bencana.

"Jadi kita akan memberikan juga RM1,000 untuk setiap mereka yang terlibat, yang jadi mangsa kebakaran.

Iklan

"Ada lapan unit semuanya yang terlibat dengan kebakaran ini. Tingkat empat yang terlibat dalam (kebakaran).

Turut hadir ke lokasi kejadian Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mahadi Che Ngah.

Iklan

Sementara itu, Ismail Sabri turut mengambil kesempatan untuk bertemu dengan mangsa dan pegawai berkaitan untuk mendapat maklumat lanjut berkenaan kejadian tersebut.

Katanya, pihak bomba sedang menjalankan siasatan di tingkat tiga flat tersebut untuk menentukan sama ada ianya selamat diduduki oleh 32 keluarga yang tinggal di situ.

"Cuma setakat ini kita tempatkan mereka dulu di dewan untuk sementara mereka pindah balik dan juga untuk lapan keluarga itu mendapat rumah yang baharu," ujar beliau.