Kean Yew juara Kejuaraan Dunia

Iklan
Kean Yew

PEMAIN badminton Singapura, Loh Kean Yew mencipta sejarah tersendiri di Kejuaraan Dunia apabila menjadi rakyat pertama negara tersebut menjuarai kejuaraan berprestij berkenaan pada Ahad.

Pemain nombor 22 dunia itu menewaskan pemain India, Srikanth Kidambi dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki, sekali gus melabuhkan perlayaran kisah dongeng bintang muda itu dengan noktah cemerlang.

Iklan
Iklan

Pada perlawanan akhir di Huelva, Sepanyol itu, Kean Yew menjinakkan Kidambi 21-15, 22-20 dalam perlawanan yang mengambil masa 43 minit

Pada awal kejuaraan itu, Kean Yew mengecewakan pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen yang juga juara Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang juga pilihan kedua kejohanan 14-21, 21-9, 21-6

Iklan

Kean Yew kemudiannya meneruskan momentum positif apabila melepasi pemain Austria, Luka Wraber 21-4, 21-8 dalam masa 25 minit.

Kean Yew kemudiannya membelasah Kantaphon Wangcharoen dari Thailand 21-4, 21-7 dalam pertembungan pusingan 16 dalam masa 30 minit sahaja.

Iklan

Dia kemudiannya menewaskan HS Prannoy dari India 21-14, 21-12 pada pusingan berikutnya untuk menjamin sekurang-kurangnya mendapat gangsa bersama, sebelum mengejutkan Antonsen 23-21, 21-14.

Untuk rekod, Kejuaraan Dunia edisi sebelum ini, Kean Yew mara ke pusingan 16 terakhir sebelum disingkirkan oleh pemain Taiwan, Chou Tien-Chen.