Nak belanja ikutlah kemampuan kantung sendiri

Iklan
Foto 123RF

SEJAK beberapa minggu lalu, Merak Jalanan lihat kebanyakan pasukan Liga Malaysia (Liga-M) sudah mula mengatur langkah.

Masing-masing sedang ligat mempersiapkan pasukan bagi menghadapi Liga-M musim depan.

Iklan
Iklan

Bagi pasukan yang mempunyai dana besar, mungkin tidak ada masalah membawa masuk pemain-pemain baharu berstatus bintang.

Malah, pasukan mewah itu juga mampu mendapatkan khidmat jurulatih berprofil tinggi.

Iklan

Namun, bagi pasukan yang kantungnya tidak seberapa, mereka sudah tentu tidak dapat mencabar pasukan-pasukan berstatus kayangan.

Sumber kewangan yang terhad pastinya menjadi batu penghalang terbesar buat mereka.

Iklan

Bagi Merak Jalanan, apa sekalipun status pasukan itu, tidak kira yang ada bajet besar mahupun bajet kecil, paling penting mereka harus bijak berbelanja.

Apatah lagi dalam situasi dunia dilanda pandemik Covid-19 ketika ini.

Gara-gara ancaman Covid-19 yang menular di Malaysia sejak awal tahun lalu, rata-rata pasukan Liga-M menghadapi masalah untuk menjana sumber pendapatan masing-masing dalam tempoh dua musim terakhir ini.

Ada pasukan yang dananya terpaksa dipotong pihak penaja.

Malah, ada pasukan yang kehilangan penaja akibat ketidaktentuan krisis Covid-19. Lebih terkesan apabila wang kutipan tiket perlawanan di stadium jatuh mendadak.

Ibarat kata pepatah Melayu – ukur baju di badan sendiri, mana-mana pasukan haruslah berbelanja mengikut kemampuan masing-masing.

Tak salah berbelanja tetapi biarlah sepadan dengan kantung yang ada.

Harus diingat, pihak penaja juga masih berhati-hati sebelum bersedia menghulurkan tajaan.

Jika tajaan tak cukup daripada bajet yang diunjurkan, bagaimana nak survive nanti.

Sebaik-baiknya beringatlah daripada sekarang. Jangan sampai berbelanja mewah sehingga sanggup ‘bergolok bergadai’.

Paling tak sedap didengar, timbul lagi masalah tunggakan gaji.