Lima ibu mengandung dipindahkan dari kawasan banjir

Iklan
Seramai lima ibu mengandung dipindahkan ke Hospital Kuala Lipis, Pahang sebagai langkah berjaga-jaga pada Isnin.

KUANTAN - Seramai lima ibu yang sarat mengandung dipindahkan dari pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Benta dalam operasi 'medivec' menerusi udara di sini pada Isnin.

Pegawai Operasi Negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Mohd Fadlynizam Mohd Razali berkata, kesemua wanita terbabit dipindahkan ke Hospital Kuala Lipis sebagai langkah berjaga-jaga.

Iklan
Iklan

Menurutnya, operasi tersebut disertai dua juruterbang dan tiga anggota serta pegawai dari Pasukan Khas Udara Bomba (Paskub) menggunakan sebuah helikopter yang berlepas dari Pangkalan Udara Subang sekitar jam 9.30 pagi.

Mohd Fadlynizam

"Operasi berjalan dengan jayanya dan kesemua ibu mengandung terlibat telah dihantar ke Hospital Kuala Lipis sebagai langkah berjaga-jaga.

Iklan

"Mereka ini dalam keadaan stabil tetapi pada bila-bila masa bakal bersalin jadi kami mengambil langkah berjaga-jaga dan menempatkan mereka di bawah jagaan pakar perubatan," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Pahang di sini pada Isnin.

Mohd Fadlynizam berkata, pasukan khas bomba terbabit akan turut menjalankan misi menambah bekalan keperluan asas di dua lokasi terjejas akibat banjir di Bentong dan Karak.

Iklan
Helikopter milik bomba yang digunakan dalam operasi di sekitar negeri Pahang pada Isnin.

"Kita akan pergi ke dua lokasi dalam kawasan Bentong dan Karak untuk misi 'resupply' barang keperluan asas seperti makanan, tuala wanita, tikar dan toto.

"Jumlah berat keseluruhan barangan ini dianggarkan seberat 2,420 kilogram (kg) yang dibekalkan oleh sahabat kita dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang," jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan kepada orang awam supaya sentiasa berwaspada terutama sekali dengan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini.

Keadaan sungai di kawasan sekitar Bentong, Pahang

"Jika berlaku sebarang bencana dan anda terputus hubungan, segera pergi ke tempat yang tinggi. Selalunya orang akan naik atas bumbung rumah.

"Kemudian kibarkan pakaian kalau boleh yang berwarna cerah supaya senang dikesan oleh anggota mencari dan menyelamat," ujarnya.