69 Komando, Tiger Platoon selamat 70 mangsa terkandas di Sri Muda

Iklan
Seorang anggota PDRM mendukung seorang bayi dan dibantu anggota bomba yang terkandas akibat banjir kilat yang melanda di sekitar Sri Muda hari ini. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Seramai 70 mangsa banjir yang terkandas di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini berjaya diselamatkan pegawai dan anggota VAT 69 Komando serta Pasukan Gerakan Am, Polis Diraja Malaysia (PDRM), 'Tiger Platoon' pada Isnin.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, usaha menyelamat itu telah dimulakan sejak tengah malam Ahad.

Iklan
Iklan

Katanya, operasi mencari dan menyelamat itu menggunakan empat bot kecil terdiri daripada dua bot PAC dan dua bot 'rubber dinghy'.

"Selain menyelamatkan orang ramai, pasukan 69 Komando dan 'Tiger Platoon' PDRM turut mengagihkan bekalan makanan buat mangsa banjir yang terlibat," katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Isnin.

Iklan

Usaha memindahkan dan membawa keluar penduduk di Taman Sri Mud akibat banjir sejak Sabtu masih giat dijalankan pada pagi Isnin.

Tinjauan Sinar Harian pada pagi Isnin mendapati usaha menyelamat di Taman Sri Muda giat dijalankan oleh pihak berkuasa dan turut dibantu oleh sukarelawan.

Iklan