KUANTAN - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga pelancong tempatan yang dilaporkan hilang dalam kejadian banjir lumpur di sebuah chalet di Bentong pada Sabtu akan diteruskan esok.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, sehingga jam 6 petang, kesemua mangsa masih gagal ditemui.