KUALA LUMPUR - Harga ayam mula menunjukkan trend penurunan di beberapa negeri sejak kebelakangan ini, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.
Beliau berkata, penurunan harga ayam itu disebabkan jumlah jualan di peringkat runcit yang merosot ketika harga ayam mencecah RM10 sekilogram pada September lepas menyebabkan terjadinya pembetulan harga.