SHAH ALAM - Beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Selangor menerima kunjungan daripada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin bersama anak perempuannya, Datin Nina Sabrina Ismail Sabri pada Isnin.
Menurut satu kenyataan media memaklumkan, Muhaini bersama Nina Sabrina hadir tanpa kawalan keselamatan dan protokol bertanya khabar keadaan mangsa-mangsa banjir selain menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas.
"Difahamkan Muhaini dan Nina Sabrina memulakan tinjauan ke PPS sejak awal pagi lagi bermula dari PPS Dewan Kekwa Majlis Bandaraya Shah Alam, Seksyen 17 Shah Alam, PPS Sekolah Rendah Agama Sementa dan PPS Sekolah Rendah Agama Dusun Nanding.
"Kebanyakan mangsa banjir tidak menyangka kehadiran akan menerima kunjungan isteri dan anak Perdana Menteri, malah ada yang menangis kerana terharu dengan keprihatinan yang ditunjukkan.
"Selain menyantuni dan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir, isteri Perdana Menteri turut berpesan agar mereka sabar dan tabah menghadapi dugaan daripada Allah SWT,” kata kenyataan itu pada Isnin.