PASIR MAS - Lahir dan dibesarkan di Kampung Siram, Meranti di sini yang merupakan kawasan sering dilanda banjir akibat limpahan air Sungai Golok membuatkan Che Nab Senik, 70, sudah arif membaca bilakah 'bah' akan melanda.
Susuk tubuh yang sudah mencecah tujuh dekad itu dilihat tenang membaca trend cuaca untuk dijadikan sebagai 'signal' bagi membolehkan persiapan dilakukan bagi berdepan banjir.
Mengikut 'pedoman' Che Nab peningkatan sedikit paras air Sungai Golok yang disusuli dengan hujan kadang-kala lebat itu masih diperingkat awal.
"Biasanya, banjir sebenar hanya akan berlaku pada penghujung November atau awal Disember," katanya.
Menurutnya, hujan lebat tanpa henti lebih dua hari merupakan isyarat yang jelas bahawa Kampung Siram dan seluruh pekan Rantau Panjang akan ditenggelami bah.