Kejayaan Singapura raih gelaran dunia satu 'wake-up call'

Iklan
Mohamad Norza

KEJAYAAN pemain perseorangan lelaki Singapura, Loh Kean Yew menjuarai Kejohanan Badminton Dunia 2021 disifatkan sebagai wake-up call (peringatan) kepada arena badminton negara.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, wake-up call itu perlu diambil dari sudut positif sambil menyifatkan Malaysia tidak bernasib baik pada kempen kejohanan di Huelva, Sepanyol itu.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, malang bagi Malaysia apabila terlepas peluang keemasan meraih gelaran dunia susulan sandaran terbaik negara dalam acara perseorangan lelaki, Lee Zii Jia tidak dapat meneruskan cabaran selepas mengalami kecederaan di peringkat suku akhir.

"Ia seperti sekali dalam beberapa tahun peluang ini datang, malangnya, kami tidak mengambil peluang ini. Ia juga menunjukkan kami masih belum (sampai ke tahap itu) dan juga kami masih bergantung kepada beberapa pemain, tugasan adalah untuk memperluaskan peluang dengan mempunyai lebih ramai pemain bertaraf dunia.

Iklan

"Apa pun yang berlaku dengan Loh Kean Yew juga merupakan wake-up call bagi kami tetapi kami ambil ia dari sudut positif, kami gembira Singapura telah memenanginya dan pemburuan (untuk memenangi gelaran juara dunia) terletak di bahu kami, untuk menaikkan tahap badminton ke tempat yang lebih tinggi secepat mungkin,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Isnin.

Beliau berkata, Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) dipengerusikan Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh mempunyai tugas berat selepas ini untuk mengenal pasti kelemahan yang perlu diperbaiki segera menjelang saingan musim 2022.

Iklan

"Sudah tentu kami perlu menerima bahawa kita adalah antara negara yang masih mengejar kegemilangan juara dunia, namun seperti yang saya katakan pemain semuanya WIP (work in progress atau dalam pembangunan) - ada kelemahan yang perlu diratifikasi oleh Datuk Kenny dan saya percaya beliau akan membuat perubahan tidak lama lagi,” katanya.

Kean Yew yang merupakan pemain di ranking ke-22 dunia merangkul gelaran juara dunia selepas menewaskan wakil India K Srikanth 21-15, 22-20 pada aksi final yang berlangsung di Palacio de los Deportes Carolina Marin pada Ahad.

Ia sekali gus menyaksikan Kean Yew muncul pemain pertama Singapura yang merangkul gelaran itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kean Yew juara Kejuaraan Dunia

Berdasarkan undian, pemain kelahiran Pulau Pinang itu dan Zii Jia berpeluang untuk bertembung di peringkat separuh akhir, namun ia tidak menjadi kenyataan selepas Zii Jia yang cedera terpaksa menarik diri ketika membuat perhitungan menentang wakil Denmark Anders Antonsen di suku akhir Jumaat lalu.

Dalam pada itu, Mohamad Norza berkata, secara keseluruhan beliau berpuas hati dengan pencapaian barisan pemain negara sepanjang tahun 2021.

Namun, beliau berkata, saingan musim ini yang menyerlahkan beberapa perkara perlu diberi perhatian serius oleh pihak C&T terutama dari aspek kebergantungan kepada pemain sama seperti Zii Jia, beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Pearly Tan-M Thinaah (beregu wanita) dan Hoo Pang Ron-Cheah Yee See (beregu campuran).

"Kami terlalu bergantung kepada pemain sama, itu harus dikurangkan dengan mempercepatkan barisan pemain simpanan untuk bertanding. Sebagai contoh, saya tak rasa kami perlu bergantung sepanjang masa kepada Zii Jia atau Aaron-Soh semata-mata dan kami pun tak boleh selama-lamanya bergantung dengan Pearly-Thinaah dan Pang Ron-Yee See.

"Secara keseluruhan saya puas hati kecuali kami perlukan pendekatan lebih mantap dan agresif untuk menghadapi tahun 2022 dan seterusnya memperkasakan persediaan kami untuk Paris 2024," katanya. - Bernama