Lebih 22 juta populasi dewasa Malaysia lengkap vaksinasi

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Seramai 22,817,909 individu atau 97.5 peratus daripada populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam Isnin.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman CovidNow, seramai 23,123,189 individu atau 98.8 peratus daripada golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Iklan
Iklan

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 86.9 peratus atau 2,736,688 telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,834,774 atau 90 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sementara itu, sebanyak 145,004 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 3,241 dos pertama, 4,325 dos lengkap dan 137,438 dos penggalak.

Iklan

Jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 56,034,257 dos, manakala jumlah kumulatif dos penggalak kini 4,717,084. - Bernama

Iklan