Mangsa banjir di Pahang meningkat kepada 39,598 orang

Iklan
Bilangan mangsa banjir yang dipindahkan di negeri ini terus meningkat walaupun keadaan cuaca baik dan tidak hujan sejak Isnin.

KUANTAN - Bilangan mangsa banjir yang dipindahkan di negeri ini terus meningkat walaupun keadaan cuaca baik dan tidak hujan sejak Isnin.

Sehingga jam 10 pagi Selasa, bilangan mangsa yang dipindahkan seramai 39,598 orang membabitkan 10,670 keluarga.

Iklan
Iklan

Jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding pada jam 8 malam Isnin iaitu seramai 32,509 mangsa daripada 8,627 keluarga.

Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang, sehingga kini sebanyak 260 pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan sembilan daerah terjejas.

Iklan

Menurut laporan itu, Kuantan merekodkan jumlah mangsa tertinggi dengan 21,777 orang daripada 5,699 keluarga, Temerloh (8,390 mangsa dari 2,328 keluarga), Raub (1,771 mangsa dari 509 keluarga), Lipis (2,084 mangsa dari 639 keluarga) dan Jerantut (1,983 mangsa dari 535 keluarga),

Bentong (1,044 mangsa daripada 271 keluarga), Maran (488 mangsa daripada 125 keluarga), Pekan (1,192 mangsa daripada 316 keluarga) dan Bera (869 mangsa daripada 248 keluarga).

Iklan

Sebanyak lapan kes kematian direkodkan di negeri ini dengan lima kematian di Bentong, dua di Kuantan dan satu kes di Raub.