PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola menafikan ketiadaan Jack Grealish dan Phil Foden pada perlawanan menentang Newcastle United bukanlah berpunca daripada sistem penggiliran sebaliknya ia satu hukuman kepada kedua-dua mereka kerana ke kelab malam.
Justeru jurulatih berbangsa Sepanyol itu memberi amaran kepada pemainnya untuk menjaga tingkah laku di luar padang pada Krismas jika tidak mahu nasib yang sama berlaku kepada mereka.
Iklan
Iklan
"Ia bukan penggiliran. Mereka yang saya pilih bermain pada perlawanan itu memang benar-benar layak untuk bermain
"Saya juga akan sentiasa memberi perhatian kepada perangai dan tingkah laku pemain di dalam dan luar padang. Apabila mereka melakukan perkara yang tidak sesuai di luar padang, mereka akan terima akibatnya.
"Jadi pemain perlu fokus setiap masa kerana sekatan sepanjang waktu Krismas," kata Guardiola.
Kekosongan yang ditinggalkan mereka itu diisi Raheem Sterling dan Gabriel Jesus manakala Joao Cancelo yang tamat daripada penggantungan kembali semua dalam skuad utama Guardiola menggantikan John Stones.
Sebuah akhbar sebelum ini menyiarkan gambar Grealish dan Foden yang berada di kelab malam selepas perlawanan menentang Leeds dan dilaporkan City tidak berpuas hati dengan dua pemain itu apabila mereka menghadiri sesi pemilihan pada keesokan harinya.
Artikel Berkaitan