Jutawan Jepun Maezawa kembali ke bumi

Iklan
Yusaku Maezawa mendarat di Kazakhstan.- Foto Reuters

TOKYO - Kapal angkasa Soyuz Rusia yang membawa jutawan Jepun Yusaku Maezawa mendarat di Bumi pada Isnin, lapor Jiji Press.

Beliau seorang daripada dua bukan angkasawan Jepun pertama yang tinggal di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Iklan
Iklan

Soyuz mendarat di Kazakhstan kira-kira jam 12.15 tengah hari waktu Jepun (3.15 pagi GMT).

Maezawa, 46, yang kelihatan sihat melambai-lambai sambil tersenyum sebaik keluar dari Soyuz, rakaman langsung dari NASA Television menunjukkan.

Iklan

Maezawa, pengasas pusat beli-belah fesyen dalam talian Zozo Inc, bersama Yozo Hirano, 36, eksekutif syarikat dan seorang angkasawan Rusia tiba di ISS pada 8 Disember.

"Berada 12 hari di angkasa...masa berlalu dengan pantas. Saya akan pulang ke rumah," ciap Maezawa di Twitter pada Ahad, sehari sebelum kembali ke Bumi.

Iklan

Maezawa dan Hirano rakyat Jepun ke-13 dan ke-14 melawat angkasa lepas. Mereka menggunakan perkhidmatan disediakan syarikat Amerika Syarikat, sebelum itu mereka menerima latihan di kemudahan berhampiran Moscow dan beberapa tempat lain sejak Jun.

Selain itu, Maezawa juga dipilih secara tidak rasmi sebagai penumpang pertama untuk perjalanan mengelilingi Bulan yang dirancang SpaceX pada 2023. - Bernama