KUALA LUMPUR - Terowong Lebuhraya SMART dibuka semula kepada laluan trafik bermula jam 11.10 pagi Selasa selepas keseluruhan kerja-kerja pembersihan telah pun selesai.
Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn. Bhd (SMART) dalam kenyataan memaklumkan, proses pemeriksaan dan rektifikasi mekanikal dan elektrikal juga telah dijalankan bagi memastikan semua peralatan berada dalam keadaan baik dan selamat sebelum Terowong Lebuhraya SMART dibuka semula untuk para pengguna.