PPS di Terengganu ditutup sepenuhnya

Iklan
Anggota bertugas sedang mengemas di PPS SK Lembah Jabor, Kemaman selepas semua mangsa yang ditempatkan di PPS ini dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing, pada Selasa. - Foto ihsan APM Terengganu

KUALA TERENGGANU - Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Kemaman ditutup sepenuhnya secara berperingkat bermula jam 9 pagi Selasa.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan PPS terakhir iaitu di Sekolah Kebangsaan Lembah Jabor, Kemaman ditutup pada jam 12 tengah hari.

Iklan
Iklan

"Penduduk dibenarkan pulang selepas banjir di kediaman mereka surut sepenuhnya dan kawasan sekitar juga selamat untuk didiami.

"Penduduk diingatkan sentiasa peka dengan sebarang perubahan cuaca di sekeliling mereka," menurut kenyataan itu.

Iklan
Iklan

Banjir gelombang kali kedua melibatkan tiga daerah iaitu Setiu, Dungun dan Kemaman.