Lemas di Telemong: SAR cari mangsa kelima diperluas

Iklan
Rakaman gambar sebuah rumah yang musnah akibat banjir lumpur ketika tinjauan pada operasi mencari dan menyelamat di Sungai Telemong, semalam. - Foto Bernama

BENTONG - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kelima kejadian banjir lumpur di Telemong, di sini diperluaskan kepada lima kilometer radius kawasan pencarian.

Pegawai Bomba dan Penyelamat Sufian Yakub berkata, ketika ini operasi SAR memfokuskan kawasan seberang sungai, melibatkan dua buah bot penyelamat dengan kekuatan 20 anggota bomba dan polis.

Iklan
Iklan

"Operasi diperluaskan ke kawasan hilir sungai dan mencari di kawasan seberang sungai," katanya kepada Bernama di lokasi kejadian pada Selasa.

Selain itu, Sufian berkata, seramai 51 sukarelawan yang terdiri daripada orang kampung Felda Chemomoi, di sini turut membantu misi SAR itu.

Iklan

Pada Isnin, media melaporkan empat mayat warga tempatan ditemukan dalam insiden banjir lumpur di Telemong, di sini.

Pengerusi Pasukan Bomba Sukarela Telemong Lai Wah Foong sebelum itu berkata, laluan masuk ke tempat kejadian sebelum ini tidak boleh dilalui susulan kejadian tanah runtuh di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak. - Bernama

Iklan