KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Mangsa banjir diberi pengecualian daripada membayar yuran penggantian Lesen Kenderaan Motor (LKM), Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC), kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
Beliau berkata tiada tempoh ditetapkan bagi mangsa menggantikan dokumen berkenaan memandangkan masing-masing mempunyai urusan penting lain seperti menguruskan rumah dan keluarga.