BUKIT ROTAN - Kemudahan gelanggang futsal yang terbiar sejak setahun lalu akibat tiada penyelenggaraan akhirnya diberikan perhatian pihak berwajib.
Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Taman Kasawari, Abdul Basar Sulaiman berkata, permohonan untuk baik pulih gelanggang futsal terutama pintu dan pagar yang reput itu sudah dipanjangkan sebelum ini.
"Anak penduduk taman merungut bila pagar gelanggang futsal yang ada reput dan bola asyik terkeluar dari gelanggang...jadi mereka pun susah nak main dengan selesa.
"Bila kami panjangkan isu ini, akhirnya dapat dibantu dengan pemasangan pagar dan pintu yang baharu sekali gus memberi kelegaan kepada penduduk," katanya.
Pihaknya turut berterima kasih kepada Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor, D Thalapathi yang prihatin isu kemudahan awam ini untuk keperluan anak penduduk.
"Jadi, cuti sekolah ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya dan mereka dapat beriadah di gelanggang futsal dalam taman sendiri tanpa perlu pergi tempat lain," katanya.