SHAH ALAM - Sebanyak empat kematian terbaharu akibat banjir direkodkan bagi kawasan Shah Alam pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, empat kematian tersebut terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita.
Iklan
Iklan
"Bangsa serta warganegara empat mangsa yang ditemui di Taman Sri Muda, Shah Alam berkenaan bagaimanapun belum lagi dikenal pasti.
"Jumlah keseluruhan setakat ini adalah seramai 12 mangsa terdiri tujuh lelaki dan lima wanita," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Katanya, kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Besar Shah Alam untuk dibedah siasat.
"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.
Pada Isnin, Shah Alam mencatatkan lapan kematian akibat banjir yang melanda beberapa kawasan di sini sejak Sabtu.