SHAH ALAM - Beberapa cerun di Kuala Lumpur kini di bawah pengawasan kerana berisiko runtuh ekoran hujan lebat berterusan yang melanda negara baru-baru ni.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, berikutan keadaan itu, pihaknya mendapatkan khidmat teknikal daripada Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) bagi menangani masalah berkenaan.