Banjir: PDRM diminta terima laporan secara dalam talian

Iklan
Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar

KLANG - Polis Diraja Malaysia diminta agar menyediakan kemudahan untuk membuat laporan secara dalam talian bagi memudahkan orang ramai membuat laporan berkaitan kemusnahan atau kerosakan harta benda yang dialami akibat banjir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata, tindakan ini perlu diambil segera bagi mengelakkan kesesakan di balai polis.

Iklan
Iklan

"Kita sedia maklum jumlah mangsa yang terlibat banjir ini ramai, jadi berlakunya kesesakan di sesebuah balai polis apabila ramai yang hadir untuk buat laporan.

"Saya cadangkan dan minta agar pihak polis dapat terima laporan secara dalam talian," katanya kepada Sinar Harian di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Meru, di sini pada Selasa.

Iklan

Katanya, secara tidak langsung langkah ini akan memudahkan mangsa banjir yang terlibat.

Mengulas mengenai situasi terkini di Meru, katanya, sebanyak 30 peratus kawasan di situ masih dilanda banjir termenung ketika ini.

Iklan

"Seramai 2,000 penduduk yang ditempatkan di dua PPS sebelum ini terpaksa pulang kerana bimbang dengan keadaan rumah mereka.

"Mereka dinasihatkan tidak terlalu menggunakan barangan elektrik sebagai langkah berjaga-jaga," katanya.