KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor sedang berusaha mengesan dua lelaki warga China bagi membantu satu kes pendakwaan yang melibatkan penjawat awam berkaitan kes rasuah pada 2015.
SPRM dalam kenyataan pada Selasa berkata, mereka terdiri daripada Yang Guo Feng berusia 40 tahun dengan alamat terakhir di Nombor 7, Jalan Wisata, Johor Bahru; dan Chen Jian Shui, 44, yang beralamat terakhir di Nombor 20-02 Jalan Sri Perkasa 2/19, Taman Tampoi Utama, Johor Bahru.