Bekas Menteri Besar Johor, Osman Sapian meninggal dunia

Iklan
Osman

JOHOR BAHRU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian, 70, disahkan meninggal dunia di kediaman anaknya di Kuala Lumpur kira-kira jam 11.45 malam pada Selasa.

Perkara itu disahkan abang kepada bekas Menteri Besar Johor ke-16 itu, Datuk Aziz Sapian ketika dihubungi Sinar Harian.

Iklan
Iklan

"Benar, baharu sebentar tadi. Kita sedang tunggu makluman dari keluarga di sana (Kuala Lumpur). Apa-apa urusan anak beliau akan maklum nanti," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Rabu.

Sebelum ini, pada 13 Oktober media melaporkan Osman dikejarkan ke Hospital Pakar Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) Johor kerana diserang strok ringan.

Iklan

Osman kemudiannya dipindahkan ke Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) Selangor untuk mendapatkan rawatan selepas tahap kesihatannya merosot.

Bagaimanapun, pada 13 November 2021, Osman dilaporkan kembali stabil tetapi masih berada dalam pemerhatian rapi dan tidak sedarkan diri.

Iklan